Gelak Santai: Biar Pandai Jangan Memandai




Ini berdasarkan satu kisah benar yang terjadi hampir 7 tahun sudah. Walaupun kejadian dah lama, tapi sebabkan perkara ini agak kelakar maka Belalang tak lupakan peristiwa nih.


Kebiasaan bagi remaja atau bebudak lelaki melepak hingga ke lewat pagi adalah satu perkara biasa. Lagi-lagi di area Kulim nih. Tiada tempat lain yang menarik selain terpaksa melepak kedai makan. Kalau nak enjoy kene pegi belah penang. Sana banyak la tempat-tempat melepak yang lagi best.


Hari tu Sabtu malam minggu. Selepas abis jamming dengan kengkawan, kami melepak di sebuah restoran nasi kandar yang agak famous di area Kulim iaitu nasi kandar Nasmir. Tarikan untuk melepak di restoran nasi kandar sudah semestinya pada tv projector yang di pasang. Rase ala-ala dalam wayang gitu. Sambil makan sambil layan cd movie atau meyaksikan perlawanan bola sepak.


Jam sudah hampir ke pukul 2 pagi. Sudah hampir 3 jam Belalang dan kengkawan melepak di situ. Air pun dah 2 gelas order. Bila dah terlalu banyak minum air, kini tiba masa untuk membuang pulak lebihan air yang tersimpan dalam pundi kencing nih. Dan bermulalah di sini peristiwa yang tak dilupakan.


Belalang pun bangun berjalan ke toilet. Sambil berjalan tuh kepala nih pikir macam-macam perkara. Lagu jamming la, tido, projek ape esok dan macam-macam lagi. Sedar tak sedar Belalang dah sampai pun toilet. Belalang pun melepaskan la hajat yang tertahan sedari tadi. Fuh, lega dah dapat penuhi hajat di hati. sebaik mencuci tangan di sinki, elok jer Belalang pusing nak menghala ke pintu kuar, tiba-tiba pintu dibuka dan masuk la dua orang awek.


Mereka kelihatan terkejut melihat Belalang. Belalang pun sama macam tuh gak, terkejut sebab diorang masuk toilet lelaki. So Belalang pun sound la diorang. Belalang cakap


 “Ni toilet lelakikan? nape masuk sini?”


Mereka tak menjawab sebaliknya berpandangan sesama sendiri. Lepas tuh sorang daripada awek tuh kuar dan tengok pada label di pintu toilet tuh. Belalang tak amik port, terus je lalu sebelah diorang untuk kuar. Selang setapak dua langkah, Belalang dengar awek-awek tue gelak. Belalang pun toleh dan lihat ke arah toilet yang Belalang kuar tuh. Belalang tepuk dahi. Patut la diorang gelak. Rupanya Belalang yang silap masuk toilet! Sudah la Belalang yang silap, ada hati lak sound awek-awek tue kata diorang yang silap. Adeh malu betul.


 Sesampainya di meja tempat Belalang and the gang lepak, Belalang pun story la ape yang terjadi. Ape lagi, gamat la semua gelakkan Belalang. Sampai arini Belalang still ingat benda tuh. Boleh nampak lagi muka kehairanan awek-awek tuh melihat jantan macho yang silap masuk toilet nih mensound diorang konon Belalang yang betul…


** Lain kali tengok atau baca betul-betul signage atau papan tanda kat pintu toilet. Kang tak pasal-pasal jadi macam Belalang.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close