Akhirnya Mangga Ads telah mendatangkan Hasil

Setelah hampir dua minggu Belalang mencuba nasib bersama Mangga Ads, akhirnya kelmarin Belalang telah menerima first income daripada iklan Mangga Ads yang terpampang di blog Belalang baru-baru ini.


Agak-agak korang berapa? Cuba teka cepat! RM1, RM2 atau RM10? Hahaha Belalang tak nak la kasitau berapa dapat. Cukup la sekadar cakap income per click yang Belalang terima dari Nuffnang lebih tinggi.

Pelik jugak Belalang sebab kalau menurut Mangga Ads, bayaran iklan mereka adalah yang tertinggi di Malaysia. Tapi hasil yang diterima amat la mendukacitakan. Tapi perkara ini berlaku mungkin disebabkan baru kebelakangan nih iklan-iklan Mangga Ads keluar di blog Belalang. Atau mungkin jugak sebab Belalang pernah remove iklan Mangga Ads dahulu? Entah la. Tak dapat nak kasi jawapan yang tepat.

Tapi yang pasti Belalang akan kasi sedikit lagi peluang kepada Mangga Ads. Tengok macama mana lak income yang Belalang terima pas nih. Kalau masih sama seperti ini, jawapan yang paling tepat ialah “Babai Mangga Ads”…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close