Tutorial blog: Schedule Post Anda

First time nak cuba buat tutorial untuk blog. Macam pandai je Belalang nih. Pada hal merangkak lagi dalam berblogging nih. Tapi ape salahnya ilmu sikit yang ade nih Belalang kongsi dengan blogger-blogger lain terutama mereka yang newbie macam Belalang nih.

Benda yang Belalang nak kongsi nih takde la complicate mane pun. Basic je. Tapi aritu Belalang tengok di forum blogger.com ade jugak orang tanye benda nih. Bermakna ade jugak blogger yang tak tau pasal benda nih. Belalang ade ilmu nih jadi Belalang kongsi dengan korang semua. Korang lak ade ape ilmu, kongsikan jugak dengan blogger-blogger lain. Baru le lagi best nak kita nak berblog.

Tahukah korang yang kita boleh schedule atau aturkan entry kita nak terbit bila? Sebagai contoh korang kene tinggalkan blog korang selama seminggu. Jadi selama seminggu korang tak boleh update. Jadi nak buat macam mana? Ha, sini la gunanya schedule post. Korang boleh set supaya sepanjang korang takde satu minggu tuh, enrty-entry yang tersedia korang tulis di publish mengikut turutan masa/tarikh yang korang tetapkan. Macam mna nak buat? Meh sini Belalang nak tunjuk:

1) Korang pergi ke new post.


2) korang tulis le dulu entry citer ape korang nak tulis.


3) Bila dah abis tulis entry, dah check ayat pe semua, korang pegi ke sebelah kiri blog, klik “Post Options”





4) Sebelah kanan ada tulis “post date and time” (rujuk pic bawah nih) korang tick pada schduled at.





5) Lepas dah tick pada schedule at, korang letak le masa and tarikh bila korang nak entry tuh publish.


6) Dah puas hati dengan tarikh and masa yang korang letak, macam biasa klik pada butang publish post.


7) Entry anda tak terus publish, entry tuh akan tunggu sampai tarikh and masa korang tetapkan.

Sebenarnya entry Belalang nih Belalang type pukul 3 pagi. Tapi Belalang schedule kan entry nih supaya publish pada pukul 9 pagi. Cara ni juga dapat jimatkan masa korang mengadap pc. Kadang-kadang korang on pc semata-mata nak post entry yang korang dah tulis semalam. Sedangkan time tuh korang bz yang amat. Buang masa je kan?

Selamat mencuba

**Sorry je kalau ayat tunggang terbalik sikit. Belalang memang tak reti nak ajar orang sebenarnye :-p

Facebook Comments

Comments are closed.

Close