Tips Hadiah Paling Bermakna…

Hadiah yang korang tak payah kuarkan modal pun. Kalau ade pun takde la sampai rabak ratus-ratus macam kasi jam Rolex atau beg tangan jenama Gucci. Hadiah nih boleh kasi hari-hari…

MENDENGAR: dengar dengan betul-betul ape yang sedang dibicarakan oleh orang di depan anda. Jangan menyampuk, jangan berangan, jangan rancang reaksi anda. Just dengar ape yang tuturkan elok-elok.


KASIH SAYANG: Jangan lokek dengan pelukan, ciuman, usap belakang dan menjabat tangan. Biarkan perlakuan yang nampak kecil ini berbicara tentang kasih anda kepada keluarga dan sahabat handai.


GELAK KETAWA: Sisipkan keratan kartun, kongsi artikel, teka-teki, dan cerita-cerita lucu dengan orang-orang yang hampir dengan anda. Ia cukup untuk membawa maksud ‘saya ingin sekali ketawa bersama awak’.


SEKEPING NOTA: Boleh dilakukan dengan cara yang paling mudah, seperti ‘terima kasih atas pertolongan anda tadi’ atau serangkap puisi. Nota yang ringkas dan bertulis tangan akan diingati sepanjang hayat, malah boleh merubah hidup si penerima.


PUJIAN: Kata-kata yang jujur dan ringkas, misalnya ‘awak nampak cantiklah dengan pakaian ni’, ‘tahniah, awak telah lakukan kerja dengan baik’, atau ‘makanan yang awak masak tadi sedap betullah’ akan membuat orang lain gembira.


KEMESRAAN: Lakukan kebaikkan setiap hari (macam Belalang lakukan), ia akan diingati sepanjang masa.


MENGAMBIL BERAT: Pertanyaan seperti ‘bagaimana awak hari ni?’ atau ‘saya doakan awak sepat sembuh’, akan membuat orang lain rasa dihargai. Ada masanya kita inign bersendirian, begitu juga dengan orang lain. Kalau mereka ingin bersendirian, jangan ganggu.


KECERIAAN: Bukannya susah untuk berkata ‘Hai’, ‘Helo’, ‘Apa khabar’, ‘Wah! Cantinya awak hari ni’ atau ‘Terima Kasih’. Betul tak? Ucapkannya dengan jujur dan ceria

————————————————————–

**Apa tunggu lagi? Cepat ucap terima kasih kepada Belalang sebab dah kasi tips nih kat korang. Paksaan nih… Hee…

Facebook Comments
Close