Multi Level Marketing: Apa Pendapat Anda?





Pernah tak anda terkena situasi begini:


1) kawan yang dah lama tak contact anda, tiba-tiba je call beriya-iya ajak jumpa or ikut dia ke suatu tempat?
2) Ajak Anda menemani dia ke suatu tempat yang bila anda tanya mana tempat itu, kawan anda jawab rahsia atau ikut jela.
3) Kawan anda nak perkenalkan seseorang yang katanya mampu merubah hidup anda.
4) Atau anda jumpa seseorang yang anda baru kenal, begitu ramah dengan anda. Di akhir perbualan kawan baru anda itu mula bercerita mengenai suatu bisnes konon untung giler…


Belalang yakin kebanyakkan dari anda pernah mengalami situasi di atas. Belalang nak citer suatu benda pada korang semua. Belalang bukan nak sentuh pasal kebaikkan or keburukkan sistem multi level marketing atau MLM. Tapi Belalang nak story pasal sikap buruk beberapa orang yang menyertai skim MLM atau yang sewaktu dengannya.


Baru-baru nih sepupu Mrs.Belalang call (sebelum nih tak pernah call pun) dan tanya free tak pada sekian-sekian hari bulan? Kebetulan hari yang sepupu Mrs.belalang tanya tuh kami tak free pasal ade keje sket. So Mrs.Belalang pun cakap la tak free dan tanya kenapa? Pas tuh terus sepupu Mrs. macam tak leh terima yang kami tak free aritu. Dia siap cakap penting sangat aritu. Kena gak ikut dia. Batalkan semua rancangan yang ade. Siap soh Belalang amik cuti lagi!


Bila tanya pehal? dia cakap adela, nak ajak join satu bisnes. Arini masuk RM150, 3 hari lagi klu dapat cari orang terus dapat Rm2000!!! Disebabkan Belalang sendiri pun dah banyak sertai MLM dan macam-macam bisnes lagi (ade setengahnya sampai arini belum balik modal), Mrs. Belalang pun terus terang jela kata tak berminat.





Ingat ke bila cakap macam tuh kira settle citer. Rupanya tidak! Sepupu Mrs. tuh terus gak paksa and nak jumpa jugak story kat kami pasal bisnes nih. Adoiya, orang dah tak minat sudah-sudah la. Nanti bila kita kondem pasal bisnes dia buat tuh, mula la nak melenting. Cakap rugi tak nak ubah nasib la, orang nak kasi duit tak nak, Berlagak kaya  dan bla bla bla lagi.


Seharusnya sebagai orang yang bijak, korang dah terangkan produk korang kat customer. Berminat atau tidak itu hak customer korang. Jangan sesekali memaksa supaya orang lain minat ape yang dia tak minat.


Entry panjang lebar nih Belalang tujukan kepada mereka yang buat MLM. Gunakan la etika yang betul time nak jual produk korang. Macam Belalang cakap tadi, jangan memaksa orang untuk minat benda yang dia tak minat. Sikap korang sebenarnya boleh rosakkan sesuatu produk yang bagus. Belalang pikir kalau sepupu Mrs. Belalang tuh tak memaksa, sure Belalang akan cari jugak time untuk jumpa and dengar je ape dia nak citer pasal produk dia. walaupun tak berminat, sekurang-kurangnya Belalang akan kasi dia puas hati untuk citerkan pasal bisnes dia tuh.


Tapi bila dia start memaksa-maksa, terus Belalang jadi meluat. Tak jumpa terus pun takpe. Dah cakap tak berminat pun still tak paham-paham. Korang pun ade jugak ke jumpa orang macam nih?

Facebook Comments

Comments are closed.

Close