Korang Tau Maksud Sebenar Perkataan MANGKUK HAYUN?

Sebenarnya entry nih patut Belalang post minggu lepas. Tapi pasal ade 2 3 enrty yang perlu di kuarkan dulu maka entry nih terperap sampai la arini.

MANGKUK HAYUN ungkapan yang biasa kita dengar dan rase-rasenye korang pun pernah sebut. Belalang pun macam tuh jugak pernah sebut perkataan Mangkuk Hayun. Ape yang korang pikir bila sebut perkataan tuh? Belalang tak tau le korang pikir pe. Pada Belalang maksud mangkuk hayun tuh same dengan bodoh tahap peringkat tertinggi arr yang mana membawa maksud bodoh melampau-lampau.

Tapi rupanya maksud sebenar ayat itu lebih teruk dari ape yang Belalang sangka. Memang tak terpikir langsung maksud dia macam tuh. Belalang dapat kupasan maksud ayat Mangkuk Hayun dari laman Facebook Hijaukuning.com.

Korang tengok sendiri le ape yang Admin Hijaukuning.com terangkan pasal maksud Mangkuk Hayun:

(klik pada gambar untuk view lebih besar)

Sejauh mana kebenaran kata Admin tuh, tak pasti pulak Belalang. Belalang bukan ade kawan-kawan pandai cakap jepun pun. Tapi di sebabkan Admin tuh cakap dia sendiri dah berbual dengan orang yang mula-mula bawak balik ayat tuh, mungkin betul kot.

Moral of the story kat sini (perh ade nasihat pulak) kalau kita tak pasti sesuatu ayat tuh maksud pe, baik kita study betul-betul or cari maksud dia yang sebenar. Takut akan jadi perkara macam nih le. Kita best je dok kata kat orang. Padahal ayat tuh maksud dia tak elok langsung.

Semoga entry nih menambah pengetahuan kita semua ok…

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • mangkuk ayun (188)
  • mangkuk hayun (114)
  • maksud mangkuk hayun (45)
  • maksud mangkuk ayun (41)
  • mangkuk ayun meaning (41)
  • mangkuk ayun maksud (20)
  • apa maksud mangkuk ayun (3)
  • mangkuk hayun maksud (2)
  • Mangkok ayun dlm bahasa melayu (1)
  • maksud disebalik perkataan mangkuk ayun (1)

Comments are closed.

Close