Kegelapan Bawah Tanah Diberi Penghargaan?

Sebetulnya tadi Belalang dah baring kat katil. Tapi mata nih liat betul nak lelap. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena, pusing 360 tak kena gelek gerudi Inul pun tak kena jugak!


Rasanya mungkin pasal ada insan-insan yang telah menghantui hidup Belalang. Ya, mereka telah berpakat untuk sama-sama membuat mata Belalang tidak dapat lelap malam ini. Kenapa? sebab Belalang tak buat lagi tag award dari diorang. Tolong! Jangan ganggu aku! Baiklah, sekarang juga Belalang bangun buat! (Bayangkan macam babak filem seram).





Sungguh tidak ku duga, sungguh tidak ku sangka rupanya dalam kegelapan blog suara bawah tanah yang seram nih rupanya ade juga insan yang menghargainya. Award Beautiful Blogger ini telah di anugerahkan oleh tiga orang blogger yang memang friendly sangat iaitu Anis Suzi, EskremGoreng dan Saiedah Syamielah. Mereka nih antara blogger-blogger yang selalu terjah blog Belalang. Tima kasih ye Anis, Eskrem and Saiedah. Selalu-selalu ler datang ke bawah tanah yang serba kekurangan nih. Tapi ade beberapa benda yang Belalang harus settle kan yang dikirim bersama award ini.



1. buat entry tentang award yg cntik ni – Done

2. copy badge ‘Beautiful Blogger Award’ – Done
3. ucapan terima kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut – Done
4. senaraikan 15 blogger sebagai penerima award.




15 blogger yang Belalang nak kasi nih antara orang yang selalu datang ke blog Belalang dan juga pernh meniggalkan komen di entry Belalang. Pada yang first time dapat award nih, jangan lupa buat balik entry macam. Pada yang dah pernah dapat, sukati korang le nak buat or letak tepi je benda nih.


  1) Lakov
  2) ice
  3) Call T
  4) Wanur
  5) Yaya
  6) Miss Tora
  7) Cik Ain
  8) Riz
  9) p3perak
10) Wan Botaq
11) Nasreen Hashim
12) Mia Liana
13) Sya Yusof
14) Ini Aku
15) Syafiq Kadiran


Kepada yang tak tertanda di sini, jangan pulak kecik hati ye. Tapi Belalang tau dah ramai yang kene tag nih. Dalam 15 yang belalang sebut tuh pun ade yang pernah dapat sampai 3, 4 kali. Selalu-selalu le datang and tinggal komen di entry Belalang ye.


Korang memang best!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close