Janji Ku Pada Mu: Followers Ke-100

Kemarin Belalang mencari followers ke-100 untuk blog belalang. Dan akhirnya Belalang dah temui! Orang lain followers dah sampai riban-riban takde pun kecoh macam Belalang. Hahaha… Nak buat macam mane dah hati ni rase teruja sikit tengok followers yang dah cecah 3 angka tuh…

Seperti di janjikan Belalang akan buat satu entry pasal followers ke-100 beserta kata-kata pujian dan bodek mengalahkan orang kampung membodek YB, mulut manis lebih manis dari susu creamer, beserta ayat-ayat kias fangsuri yang mengugurkan jantung yang membaca…



Followers ke-100 adalah seorang wanita (ni yang lagi best nak ayat nih) yang menggelarkan diri sebagai Zati. Name blog dia pulak http://zakmalstory.blogspot.com. Bahagian atas blog zati di sebelah kiri ade pic sorang wanita jelita sedang duduk, mungkin mewakili Zati yang comei dan ayu tue agaknya.


Belalang ke beberapa entry yang terdapat di blog Zati. Nampaknya Kak Kujie orang lame jugak pernah komen di entry dia. Dasat dan marvelous Zati ni yea. Siap entry pernah kene copy tanpa kebenaran lagi oleh beberapa blogger yang takde hati perut! Belalang benci sape yang buat macam tue pada Zati! Kalau dapat sape yang buat macam tue pada Zati, akan Belalang ajak semua persatuan belalang-belalang sedunia gigit dia sampai kojol (ayat bodek).


Agak selesa berada di blog Zati kerana tiada benda-benda alah yang boleh memberatkan loading blog dia. Cepat je klik ape-ape pun. Template yang dia guna pun sedap mata memandang. Pendek kata best le blog dia. Kalau korang belum kenal dan nak berkenalan dengan Zati nih, klik sini ya.

Ayat last nih nak tuju kepada semua followers Suara Bawah Tanah. Terima kasih sesangat coz korang sudi follow, membaca dan tinggal komen pada entry Belalang. Ini membuatkan Belalang semakin semangat untuk berblog. Belalang hargai korang semua tak kira le followers keberapa pun.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close