En. Belalang Sakit?

Ini citer betul-betul punya citer. Bukan gimik politik atau entry meraih undi pembaca dengan memaparkan kisah simpati. Dan ini bukan cerita politik. Saje je intro macam nih… Hee..

Al-kisahnya ingat lagi tak dengan story Baby Boy: Semoga Cepat Sembuh? Kalau belum baca dan teringin nak baca klik sini. Waktu Belalang dapat tau yang kakak ipar Belalang dah bersalin, Belalang pun siap-siap terus bergegas ke Hospital Besar Kulim. Belalang sampai di hospital pukul 4.30 petang. Waktu untuk melawat pula hanya sekitar pukul 5.30-7.30 petang. Bermakna Belalang tak boleh masuk melawat lagi sehinggalah ke pukul 5.30 petang.



Untuk mengisi masa terluang yang ada, Belalang pun ambil kesempatan untuk berjalan di laluan refleksologi tapak kaki seperti gambar di bawah:




Kebetulan tapak kaki Belalang sebelah kiri nih hampir dengan bahagian jari kaki terasa sakit sikit-sikit. Belalang pun berjalan le di atas laluan itu dengan harapan lepas nih sakit-sakit di tapak kaki akan hilang. Lama jugak Belalang jalan-jalan di situ. Hampir-hampir setengah jam.


Keesokkan pagi bila bangun je dari tido, Belalang dah start rase semacam sikit di tapak kaki sebelah kiri kawasan yang memang sakit tuh. Tapi Belalang tak ambil kisah sangat sebab ingat itu perkara biasa. Tapi lama-kelamaan semakin sakit pulak rasanya. Dan kemuncak pada rasa sakit tuh, semalam kaki kiri Belalang membengkak sampai tak leh nak jalan langsung. Kalau nak jalan jugak kene slow-slow.


Itu la… Niat di hati nak kasi badan and kaki lagi sihat. Alih-alih sakit melampau-lampau pulak yang kene! Belalang pun tak tau nape jadi macam tuh. Tapi kalau ikut kata mama Belalang, sepatutnya Belalang tak jalan-jalan di laluan tuh sebab tapak kaki Belalang dah tersedia sakit. Tapi mane Belalan tau…. Nasib badan ler…


Sampai arini still lagi sakit….

Facebook Comments

Comments are closed.

Close