Dapat Wasiat Dari…





Dua Tiga menjak nih mane-mane blog Belalang singgah semua ade lembu sorang sekor. Belalang pun nyakat la tuan-tuan blog yang ade ternak lembu tuh cakap pas nih kaya le kamu udah jadi tokey lembu. Tup, tup alih-alih tak pasal-pasal Belalang pun dapat jugak sekor lembu nak kene bela. Belalang tak nak bela pasal diri Belalang sendiri pun tak terbela. Tapi memandangkan ini adalah wasiat, nak tak nak kene jugak le bela… Biar Belalang tak makan takpe. Janji lembu tuh dapat makan yang cukup… Huhuhu




Syarat-syarat penerimaan saka:

1
. Thank & link the person that gave you the cow


Yang telah dengan baik hatinya bagi lembu ini kepada Belalang adalah Lakov Moktaro Penceria dunia. Terima kasih ye Lakov.

2. Bagi balik wasiat saka ni kat 7 bloggers yg paling active:
Belalang main petik je name yang ade kat shoutmix sebelah nih… Terima le wasiat nih dengan hati yang terbuka :-p
Jaga elok-elok lembu tuh. Jangan sampai mati pulak!

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat.
Kepada bakal penerima pusaka saka ini..Saya ingin mengumumkan saka Lembu Hitam ini adalah wasiat dari Orang Kaya Kg Sepening Lalat(OKSPL)sdh.bhd


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv.




  • Cuba-cuba teka ending citer tuh
  • Kalau ade babak lompat dalam tv tuh, Belalang pun turut ikut lompat
  • Kadang-kadang menempeleng orang di sebelah Belalang

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan:

Angin masak kicap
  • Kertas tiga rasa
  • Lalang masak kunyit


6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK

Termasuk ketua kampung dengan AJK taman, tak sampai lagi seratus orang.




7. Feveret soalan ni…..camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe…

Ntah le… Kurang ingat. Tapi rasenye wife yang ngorat Belalang :-p
Kepada penerima-penerima wasiat saka ini, jagalah lembu itu seperti anda menjaga diri anda sendiri. Kerana tanpa lembu siapalah kita. Lagipun pengorbanan lembu sangat besar kepada kita. Walaupun kita minum susu dia dari kecil sampai besar, tapi lembu tak sikit pun minta kita balas dengan memanggil dia ibu. Jadi sayangilah lembu anda…





~Tamat~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close