Bahaya Facebook

Kebelakangan ini Belalang selalu melihat di blog atau mana-mana artikel yang mengingatkan pengguna facebook supaya berhati-hati dengan setiap perkara mengenai diri kita di situ. Memang tak begitu elok jika kita terlalu banyak mendedahkan maklumat mengenai diri kita di Facebook. Ia bukan menyenangkan, sebaliknya takut menyusahkan kita kemudian hari. Yahoo ade menyenaraikan beberapa perkara yang jangan kita lakukan di Facebook seperti kata laluan yang terlalu lemah cth: abc123 atau gunakan tarikh lahir. Dan jangan dedahkan tarikh lahir anda dengan tepat. Yela, dah le letak tarikh lahir sebagai kata laluan, pastu citer lak kat suma orang di Facebook tarikh lahir kita. Jangan, bahaya tau. Nanti jadi macam kes kat bawah nih:

SYDNEY: Polis Australia memberi amaran kepada remaja supaya tidak menyiarkan gambar mereka di laman sosial seperti Facebook selepas seorang gadis didakwa dibunuh rakan Internet.
“Golongan muda perlu pastikan hanya mereka yang benar-benar dikenali boleh melihat profil dan gambar mereka.
“Tiada sebab kenapa mereka perlu siar gambar mereka di Intertet,” kata Superintendan Polis Queensland, Peter Crawford.


Menurutnya, masalah bukan hanya kerana gambar yang disiar itu.


“Hakikatnya, jika kita sedia menyiarkan gambar itu, pastinya kita juga akan memberikan pelbagai maklumat peribadi.” Amaran itu dibuat selepas seorang lelaki Sydney didakwa mewujudkan identiti palsu di Facebook dan menggunakannya untuk memperdaya dan membunuh Nona Belomesoff, 18, di sebuah lokasi terpencil di pinggir bandar itu.


Gambar Nona yang diambil daripada laman sosialnya kini memenuhi akhbar Australia menyebabkan polis New South Wales memberi amaran terlalu banyak maklumat peribadi kini mudah diperoleh di Internet.


“Jangan siar gambar di Facebook. Hanya benarkan rakan sahaja melihat gambar anda.


“Layan setiap kenalan baru dengan berhati-hati,” kata Superintendan Jabatan Jenayah Komputer New South Wales, John Kerlatec.



Berita penuh di Harian Metro online.


** Mulai sekarang berhati-hati dengan penggunaan Facebook yea…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close