Sanggup Kasi Orang Makan Sampah!

Sape sini tengok TV3 malam khamis aritu angkat tangan? Rancangan 999 ke 360 Belalang pun tak pasti sebab Belalang pun tak amik port sangat ape benda yang tengah tayang di tv umah Belalang. Sibuk buat keje.

Tapi bila sampai satu bab dalam rancangan tuh tangan Belalang terus berenti menaip dan mata terus melekat di tv. Kata-kata dan visual pasal peniaga haram di sekitar Pasar Borong Selayang menarik minat Belalang untuk mengikuti kupasan yang sedang dijalankan oleh krew TV3.

“Mereka mengambil sayur-sayuran yang telah dibuang oleh peniaga pasar borong, lalu mereka menjual kembali kepada peniaga-peniaga kedai makan di sekitar Selayang”… Terjojol kejap bijik mata Belalang dengar pengakuan sorang makcik yang diorang interview. Sayur yang dah di buang kedalam tong sampah, diorang amik jual bagi orang makan balik? Wekk!!… Nak termuntah dengar! Krew TV3 siap dapat rakam lagi kelibat 2 orang makcik tengah amik sayur dalam tong sampah. EEeeiii…

Macam tuh punya orang pun ada kat dunia nih. Takde hati perut langsung. Nak cari duit buat la cara betul. Yang peniaga kedai makan pun satu. Korang nak cari makan dengan berniaga, jadi niaga la dengan jujur. Bukan dengan cara nak untung cepat. Konon beli sayur murah, korang leh untung banyak la korang pikir.

Pic hiasan Jer… Takde kene mengena dengan story nih

Kalau ikut dari segi agama pun dah jatuh haram sebab takut memudaratkan kesihatan. Apa yang Belalang dengar tuh Betul-betul memberi kesan pada Belalang. Sekarang nih rase was-was dah nak makan luar pun. Kita tengah sedap-sedap makan sampai jilat bibir, sekali rupa-rupanya sayur dari tong sampah tuan kedai tuh kasi kita makan!

Mintak simpang la tak kene kat Belalang benda-benda macam tuh. Kita pengguna tak tahu apa yang kedai tue letak dalam masakkan kita. Jadi kita percayakan kedai makan tue meletakkan kandungan makanan yang halal untuk kita. Tapi kalau berlaku sebaliknya, memang kita tak leh cakap pe sebab kita tak tau pe pun. So kalau ade kedai makan yang buat begitu, korang tunggu jela karma korang datang. Tak dibalas disini, disana korang kene

Facebook Comments

Comments are closed.

Close