Piala FA: Siaran Tertunda From S.B.T

Game Kedah ngan Negeri Sembilan semalam dah lame abis, dah lame orang komen dan dah nak basi pun. Tapi Belalang baru nak ulas. kuikuikui… Takpelah. Ini ulasan versi S.B.T(suara bawah tanah). Agak frust jugak sebab Kedah tak berjaya bawak balik piala FA ke Kedah. Musim sudah Kedah kasi Selangor pinjam (jangan mare orang Selangor).

Game semalam not bad tapi semangat juang kedua-dua pasukan patut di puji. Kredit patut diberi kepada keeper Kedah, Helmi Eliza Alias (walaupun dia tendang x masuk). Banyak selamatkan gawang Kedah dari percubaan N9. Thiru jangan cakap la. Belalang memang minat dengan cara dia main. Bukan saje game semalam, kalau ,mana-mana game pun dia akan lari tak henti-henti. Sempoi mamat nih…

N9 lak tak nampak yang betul-betul menonjol. Tapi rasanya Aidil kot yang best. Stamina dasyat betul. Heran gak tengok tak letih-letih lari naik turun padang. Kejap kiri, kejap kana padang dia lari. Huih seram tengok…

Tentang mutu pengadilan pulak, adela dua, tiga keputusan dia yang agak hampeh. Ntah dia tak nampak ensiden itu atau saja buat-buat tak nampak. Tapi rasenye masih boleh dimaapkan keputusan yang dia buat sebab nampak takde la teruk sangat.

Nak merepek panjang-panjang pun tak guna dah. Benda dah jadi. Kijang pun dah lompat happy sangat, Kenari patah sayap lagi. Tapi Kedah jangan sedih sangat sebab masih ade dua piala untuk dikejar. Tumpukan perhatian pada perlawan-perlawanan akan datang. Skuad Kedah sure boleh!

Facebook Comments
Close