Pelik Ke Biasa?

Masih lagi story sekitar kampung Belalang. Aritu singgah le pekan Baling jap tengok-tengok barang ape yang leh beli. Barangan di Baling nih still murah-murah tau. Try ler meh jenjalan area sini. Sampai kat satu supermarket tuh, Belalang rase malas nak turun. Biar wife Belalang turun beli sorang je. Lagipun anak Belalang tengah tido.

Tinggal Belalang sorang dalam keta tuh, mata ni meliar la tengok keadaan di sekeliling. Cuci mata sambil otak nih pikir-pikir pasal pembangunan di sini (macam YB pulak pikir pasal pembangunan rakyat).

Dari satu kedai, ke satu kedai mata Belalang singgah sambil memikir taraf hidup tuan kedai tuh. Tapi dalam banyak-banyak kedai tuh, ada satu kedai yang buat Belalang tertarik sikit untuk tengok and pikir pasal keadaan dia. Korang try tengok pic kat bawah nih:

(Kedai yang di tengah tuh)

Sorry le gambar tak cantik, tangkap guna handphone jer. Korang pikir tak ape Belalang pikir? mungkin pemandangan korang tak sejelas Belalang yang tengok live nih. tapi ape yang Belalang ada beberapa benda yang  patut tokey kedai tuh amik tau. Benda-benda yang Belalang pikir adalah:

– Kedai kat atas tuh kedai emas, tokey kedai tuh tak pasang safety bar yang macam korang buleh tengok di kedai emas yang lain.


– Kedai tuh hanya di jaga oleh seorang ibu dan ank dia yang umur dalam lingkungan 7 tahun. Dasyat.


– Takde security guard pun kat kedai tuh.


-CCTV? kompom takde..

Mungkin pemilik kedai anggap barangan emas yang di pamerkan di kedainya tak begitu banyak and nilai dia tak begitu tinggi. Tapi dia mau tau sekarang nih orang rompak, dia tak cakap banyak dah. Tembak dulu sape-sape yang dia nampak dalam kedai tuh (terutama kakitangan kedai), kaut ape yang ade. Sikit ke banyak hasil rompakan belakang citer

Lepas tengok kedai tuh, Belalang lalu pulak depan satu kedai emas milik tokey cina (on the way balik umah). Kedai tuh buruk tahap nak menyembah bumi dah, tapi lengkap semua ciri-ciri keselamatan yang Belalang sebut kat atas. Belalang pun terpikir la satu benda… “Tokey kedai tuh nak save duit atau takde bajet?”

Sampai balik umah tak dapat jawapan lagi… Misteri betul…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close