Pekerja Jusco Perda Biadap!

Semalam Belalang satu family dengan sorang adik ipar Belalang jenjalan di Jusco Perda, Bukit Mertajam. Belalang selalu jugak datang sana. Biasanya just jalan-jalan window shopping jer.

Sesampai je dalam Jusco, wife dengan adik ipar Belalang terus le ke bahagian wanita. Belalang pulak jaga anak Belalang sambil ikut wife Belalang dari belakang.

Sampai ke satu part ada jualan tudung murah. Wife dengan adik ipar Belalang amik le sorang satu tudung yang diorang rase kene dengan taste diorang and bawak ke kaunter pembayaran. Sampai je kat kaunter ade satu prob pasal tudung tuh takde harga untuk cashier tue scan. So dia mintak la wife Belalang pegi amik satu tudung yang ada harga bawak datang ke kaunter untuk di scan.

Bila wife Belalang patah balik untuk amik tudung yang ada harga, kene satu lagi problem. Harga yang ade di tudung lain tuh, tak same harga dengan harga sales yang diorang tulis walaupun tudung yang mahal tuh sama pattern dengan tudung wife Belalang pegang.

Di pendekkan cerita sebab kekeliruan yang berlaku, cashier tuh panggil sorang kawan dia untuk sah kan harga tudung tuh. Lepas kami tunggu dalam 15 minit, sampai le member cashier tuh, mamat lelaki (ntah pangkat pe). Lepas sembang-sembang dalam 5 minit, Belalang tengok still tak boleh decided harga mana betul. Sebab rase lambat and buang masa Belalang ajak wife Belalang blah je. Tak yah beli.

Ni ler part kurang ajar yang jadi – Elok je wife dengan adik ipar Belalang blah dari counter, Belalang yang jalan agak perlahan sket kebelakang, dapat dengar dengan jelas mamat tuh cakap pe. First dia sound macam nih:

“Nie nak settle kan masalah ke, nak cari gaduh?”

Tersentap jugak Belalang dengar dia sound macam tuh. Walaupun berdesing telinga nih tapi sebagai encik Belalang yang cool, Belalang jalan buat-buat macam tak dengar.

Ingat dah habih. Rupa-rupanya dia sound satu lagi ayat. Kali nih betul-betul buat darah Belalang menyirap naik!

“Hoi! Tudung RM10 pun tak mampu nak beli ke?”

Belalang terus berhenti jalan, terus toleh tengok mamat tuh. Nak tau jugak sejauh mana hebat dan beraninye mamat biadap tuh. Kalau tak puas hati, jom settle face to face. bukan mengata kot belakang. Tapi tue la lumrah laki-laki yang konon macho depan perempuan nih. Dia langsung tak moh bertentang mata dengan Belalang. Walaupun pekerja-pekerja lain yang sumanyer gurl kat situ, nampak yang Belalang tengah ushar dia. Dalam hati nih jangan cakap la punya hangin macam mana.

Celaka betul mamat tuh! Belakang berani sound orang. Tapi bila nak face to face pengecut pulak. Baik gurl-gurl kat situ lagi berani dari dia sebab leh tengok Belalang yang memang macam nak makan orang time tuh. Kalau time Belalang tengok dia tuh dia still sound, memang cari nahas mamat tuh!

Sepatutnya kami yang kena marah kat diorang sebab bagi pelanggan keliru dengan dua harga. Ini tidak dia pulak yang sound kami! langsung takde adap! Nasib baik Belalang tak perasan tag name dia. Kalau tak memang niat nak bawak jauh lagi kes pekerja macam tuh. Biar dia tau sket hormat orang pada masa depan! Sampai harinie still rase hangin dengan mamat tuh!

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • jusco perda di tutup (12)

Comments are closed.

Close