Kemalangan Maut: Ajal Datang Pelbagai Cara

Ajal datang tanpa kita duga. Kadang-kadang tak terpikir pun akan mati dengan cara tuh. Sape nak sangka tengah naik motosikal elok-elok alih-alih pokok jatuh hempap kita pulak!

Mukadimah Belalang tadi nih nak cerita pasal satu kemalangan dekat depan kedai Belalang semalam. Sorang penunggang motosikal maut serta-merta apabila satu dahan pokok yang mati menimpa dia. Memang tragis Belalang tengok. Mangsa sorang wanita bangsa cina mati di tempat kejadian bila dahan yang jatuh tuh betul-betul jatuh atas kepala dia.

Sorang lagi penunggang motosikal bangsa melayu dibawak ke hospital sebab cedera agak teruk. Dia terjatuh motosikal bila motosikal yang dia bawak tak sempat mengelak dari melanggar motosikal perempuan cina tadi.

Ni ada sikit gambar yang Belalang rakam. Tapi tak begitu jelas. Selalunya kalau kemalangan maut, polis tak bagi orang yang tengok kat tepi-tepi jalan tuh rakam. Belalang pun curi-curi rakam je.

Mangsa yang tak dapat di selamatkan ditutup dengan surat khabar
Dahan dari pokok ni ler yang patah tuh. Pokok yang belakang

Beringat-ingat la selalu. Kita cuma alert kepada lori, bas, motor atau kereta yang bersaing sama-sama dengan kita. Tapi kita terlepas pandang pada 2 atau 3 sebab lain yang boleh menyebabkan kemalangan. Hati-hati time memandu ye.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close