TRIBUTE TO HEROES-Bhg2

Cadangnye nak post story nih esok. Tapi di sebabkan esok Belalang nak picnic dengan family di Pantai Merdeka, maka terpaksa ler Belalang post malam (pagi kot?) nih.

Kalau post yang lepas belalang dah story pasal Bakri yang sangat rajin Menyumbang tenaga terhadap band-band underground (klik sini kalau belum baca), kali nih Belalang nak citer pasal sorang lagi individu nih. Dia bersama band pimpinannya adalah pencetus budaya skinhead di Malaysia. Mungkin sebelum mereka telah ada budaya skinhead di Malaysia. Tapi mereka telah meng’havoc’kan scene skinhead pada waktu itu hingga kini.

Megat (depan sekali)

Megat A.C.A.B atau mag skins bukan la kecil-kecil nama di kalangan pengikutnya. Sehingga kini masih aktif dalam industri muzik. Cuma penampilan Megat sangat-sangat berubah kini. Kejap lagi Belalang cerita perubahan bagaimana yang berlaku terhadap Megat.

Bermula dengan album ‘Eastern Oii’, Megat bersama bandnya terus menjadi perhatian. Selain daripada kelantangan vokal Megat, Kekuatan Megat dan A.C.A.B terletak pada lagu-lagu mereka yang catchy dan sedap telinga mendengar. Sesuai dengan konsep oi yang di ketengahkan. Penulisan lirik pula banyak berkisar tentang perjuangan, brotherhood dan isu semasa. Lagu seperti ‘Fight For Your Right’, Where Have All The Boots Boys Gone?’, sehingga kini menjadi siulan dan dimainkan di jamming.

Berbalik tentang perubahan diri Megat, sewaktu perform di satu gigs pada pertengahan tahun sudah (rasa-rasanya), Megat telah mengejutkan pengikutnya dan juga followers underground lain apabila tampil perform dengan mengenakan jubah dan serban! Ramai yang tertanya-tanya adakah itu gimik Megat? Jika itu suatu gimik, memang tak patut la jugak. Tapi apabila majalah Mastika interview Megat, barulah sahih segalanya. Ya, Megat telah berubah menjadi alim (cakap pakai ana-ana lagi. Macam Akil la pulak). Banyak perkara-perkara yang pernah dilakukan dahulu telah di tinggalkan, tetapi mengakui yang mana perkara positif di dalam skinheads masih di amalkan dia.

Alhamdulillah sebab Megat talah mendapat hidayah ketika dia masih mampu untuk melakukan sesuatu terhadap dirinya sendiri. Semoga Megat lebih tenang apabila dirinya semakin dekat dengan pencipta-Nya.

Facebook Comments
Close