TRIBUTE TO HEROES-1

              Mungkin anda selalu melihat muka mamat nih, tapi tak begitu mengenali dia. Cuba anda perhatikan drummer (pemain drum) Azlan & the Typerwritter siapa? Kemudian lihat drummer Gerhana Ska Cinta siapa? Tak lain tak bukan orang yang sama. Dia adalah Bakri.

                Nama Bakri di arena bawah tanah (undergeound) sudah tidak asing lagi di kalangan pengikut scene ini. Bakri telah banyak membantu band-band yang kekurangan pemain drum. Bermula dengan Flop Poppy (Belalang rase nie band first yang menaikkan dia), kemudian dia mula bermain dengan Koffin Kanser, Republic Of Brickfields, Gerhana Ska Cinta dan yang baru Belalang perasan dengan  Azlan & The Typewritter Bakri ada jugak. Mungkin ada lagi band yang di anggotai oleh Bakri. Belalang sekadar menyebut beberapa nama band yang terlintas di fikiran
                Agak-agak kenapa Bakri aktif bermain dengan semua band-band di atas? Mungkin semangat tolong-menolong sesame kawan begitu kuat dalam diri Bakri. Atau pun dia memang seorang yang berbakat sehingga menyebabkan semua band terasa Bakri paling sesuai mengisi jawatan kaki pukul band meraka.
                Apapun reason yang di fikir, kehadiran Bakri memang di perlukan didalam perkambangan industri muzik kita. Tak kira la underground ke mainstream. Lagi pun sekarang nih sempadan antara underground Nampak seakan sudah tiada (rasanya memang dah tiada). mungkin Bakri ingin menimba pengalaman dengan bermain macam-macam style muzik. Tapi dalam masa yang sama dia telah merancak dan memantapkan band-band yang telah menggunakan khidmatnya.

Akan datang siapa pulakk???

Facebook Comments

Comments are closed.

Close