SIFAT 20 ALLAH SWT DIREKA OLEH GREEK DAN YUNANI? BIAR BETUL…

Sebelum anda-anda semua marah kepada Belalang sebab letak entry nih, Belalang nak jelaskan yang bukan Belalang yang bangkitkan tajuk nih. Tetapi seorang penulis blog yang post entry nih. Klik sini untuk baca.

Bukan taraf Belalang untuk cakap hal berkaitan agama. Belalang sedar dan tahu tahap pengetahuan Belalang mengenai agama yang kita cintai sampai mana. Tetapi Belalang tidak la terlalu jahil.

Cuma kadang-kadang kita perlu mengkaji dengan tekun hasil sesuatu perkara yang kita perolehi samada benar atau rekaan pihak tertentu. Lagi-lagi yang berkaitan agama Islam. Jangan main ikut membabi-buta jer.

Berbalik mengenai tajuk Belalang di atas (tajuk tue pun copy dari blog tuh), kita boleh suarakan pendapat kita tetapi hati-hati kerana setiap pendapat kita ada yang membaca dan mungkin menjadikan panduan hidup si pembaca. Apa lagi jika kenyataan itu keluar dari mulut seorang tok guru. Lagi ler orang akan terima bulat-bulat jer.

Apa-apa pun Tuhan dah kasi otak kat kita, so pikir la sendiri yang mana baik dan buruk. Tak nak cakap panjang-panjang lagi. Takut lain pulak jadinya….

Daa…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close