RASAKAN, BARU TAU BEST KE TAK

                Kemarin berita tv3 pukul 8 malam ada tunjuk pasal kes budak pompuan lari ikut boyfriend ke Lambok.  Nak termuntah Belalang dengar yang dia merayu supaya di bawak pulang ke Malaysia. Siap mintak kat family rm2000. Ewah, ewah… Lari pandai, nak balik tak reti.  Nyusahkan mak bapak lari sana dah satu hal. Mintak duit sampai ribu-ribu lagi satu hal. Nak sangat ikut boyfriend ke sana, rasa la sengsara tinggal sana.
 Map Lambok
                Kepada gurl-gurl yang ada niat nak ikut boyfriend mat indon balik ke Negara diorang, Belalang sarankan fikir dulu abis-abis. Jangan main redah ikut rasa hati je. Konon cinta sejati, bila mertua sana suruh kerjakan bendang dan buat rumah, baru tau sengsaranya tinggal di sana.
                Negara kita 18 ratus kali ganda baguih daripada tinggal sana. Terus terang cakap sana bukan ada hapah pun. Diorang sibuk-sibuk lari ke sini. Yang kita lak sibuk-sibuk nak lari pergi sana. Sekampung-kampung kehidupan orang kampung kita di sini, kampung diorang masih bawah taraf lagi dari kampung kita. Bukan menghina tapi memang realiti kehidupan sana taraf hidup diorang terlalu la mundur dari sini. 
 Gambar mangsa yang pernah lari ke Lambok
               Bila dah pergi sana dan tengok dengan mata kepala sendiri baru tau macam mana. Menyesal pun tak guna dah time. Abis tuh nak buat macam mana? Nak buat macam mana lagi, mintak tolong kerajaan kita yang baik hati ni la. Ingat kerajaan takde keje lain ke. Asyik-asyik nak kena tolong bawak balik gurl-gurl yang dah tak tahan hidup di sana. Nak cinta pasangan kita dengan sepenuh hati pun, berpada-pada la sama. Nampak bangang ke gurl-gurl yang macam nih. Abis rosak nama gurl-gurl negara kita yang lain.
               Belalang ade satu idea untuk gurl yang teringin nak lari ke Lambok dengan boyfriend. Apa kata sebelum lari ke sana, korang cuba try test tinggal dalam hutan dalam 3 bulan. Try tengok cari makan and hidup dalam hutan tuh sendiri. Kalau 3 bulan pas tuh still hidup and tabah hati, korang lulus untuk ikut kemahuan hati korang ke Lambok. Lantak kau la. Malas nak fikir…
               
Facebook Comments

Comments are closed.

Close