Harimau Muda Di Slovakia

 
                Keputusan FAM untuk membawa juara liga perdana musim lepas, HArimau Muda A beraksi di liga Slovakia memang sesuatu yang tepat dan bagus. Mereka menyertai liga divisyen 1 negara itu. Dasyat tuh. Nasib mereka memang baik setelah FAM membuat keputusan yang agak memeranjatkan peminat bola sepak Malaysia dan Belalang, untuk tidak membenarkan Harimau Muda beraksi pada liga super kita.
                peluang seperti yang dikecapi oleh Harimau muda adalah sesuatu yang jarang berlaku dalam kancah bola sepak Negara. Jadi bebudak nih memang kene gunakan peluang ini sebaik mungkin. Buktikan pada FAM dan fans semua yang mereka mampu bersaing dengan team-team di sana.
                Tapi pada pendapat Belalang, sepatutnya Harimau Muda perlu bermain bersama pasukan liga super kita terlebih dulu. Sekiranya mereka mampu merangkul gelaran juara liga super musim nih, baru la kita bawak mereka ke peringkat tinggi setingkat lagi.
                Rasa-rasanya perlu buat macam tue dulu. Langkah keselamatan. Andai kata Harimau muda tidak mampu menyaingi pasukan-pasukan di Slovakia, sure esok-esok akan ada le suara-suara sumbang yang cakap rugi duit je hantar diorang jauh-jauh. Tapi hasilnya hampeh. Yela, bukan sekupang dua punya perbelanjaan untuk membawa mereka ke sana.

Baru-baru nih permulaan perlawanan piala FA menentang Kl Plus, mereka Nampak berhempas-pulas untuk memenangi perlawanan tuh. Nasib baik menang juga 2-1. Kalau tidak sure awal-awal lagi akan di pertikaikan keputusan FAM tuh.

Apa-apa pun itu hanya pandangan peribadi Belalang. Keputusan sudah dibuat. So, kita tunggu dan lihat jela perkembangan skuad pelapis Negara nih. Harapan Belalang semoga mereka mampu melakukan yang terbaik. Lagi pun musim nih mereka berada di bawah bimbingan jurulatih yang bagus bagi Belalang. Sape lagi kalau bukan Azraai Khor. Tabik Harimau Muda!!!
Facebook Comments
Close