Bukan Salah Hidung Itu

                Perh…Dulu Belalang pernah dengar kes orang kene gigit telinga. Itu kes Mike Tyson punya angkara. Tapi itu dulu, dah lame dah. Tapi bila buka Harian Metro online tadi, terkejut kambing Belalang bila baca ada pulak orang kene gigit hidung. Kat Malaysia pulak tuh kejadian nih. Dasat orang kita nih. Setanding Mike Tyson.
                Ni perikan berita yang Belalang copy dari Harian Metro. Baca le sendiri. Malas nak story panjang-panjang. Enjoy

Sikap baik seorang lelaki membantu rakan wanitanya berpindah rumah disalah tafsir teman lelaki wanita terbabit hingga sanggup memukul lelaki itu di kepala selain turut digigit hidung dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai di Bandar Baru Ampang, dekat sini, Ahad lalu.
Mangsa yang berusia 28 tahun itu pada mulanya pergi ke rumah seorang rakan wanitanya untuk membantunya berpindah ke rumah baru, kira-kira jam 10 malam. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, teman lelaki wanita terbabit datang sebelum dia tanpa banyak soal menendang serta membelasah mangsa. Menurut sumber, mangsa yang langsung tidak mengetahui apa-apa terjatuh terkena tendangan berkenaan sebelum dia dibelasah tanpa belas kasihan. “Tidak puas membelasah, lelaki berkenaan secara tiba-tiba mengetuk kepala mangsa dengan objek yang dipercayai telefon bimbit menyebabkan kepala mangsa berdarah. “Mangsa hanya mampu meraung dan meminta lelaki itu berhenti daripada terus memukulnya sambil mempertahankan diri kerana dia mengalami kesakitan di kepala akibat hentakan itu,” katanya. Menurut sumber, rayuan mangsa bukan saja tidak diendahkan, malah lelaki berkenaan bertindak luar batasan apabila menggigit hidungnya. “Akibat gigitan itu, hidung mangsa berdarah dan dia sekali lagi menjerit meminta lelaki itu menghentikan perbuatan berkenaan kerana tidak tahan dengan kecederaan dialami. “Mangsa yang kesakitan kemudian bergelut dengan lelaki terbabit sebelum melarikan diri,” katanya.

Sumber itu berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan perasaan cemburu lelaki terbabit apabila melihat mangsa dalam rumah teman wanitanya. “Lelaki berkenaan yang tiba di rumah teman wanitanya terus menyerang mangsa tanpa sempat mangsa menjelaskan perkara sebenar. “Akibat kejadian itu, mangsa cedera di kepala, beberapa bahagian badan dan juga hidungnya kerana digigit lelaki berkenaan,” katanya.

Facebook Comments
Close