Betul Kita Semakin Kejam

                Ntah apa nak jadi Negara kita sekarang nih. bunuh orang dah jadi macam benda biasa je. Lebih kurang macam bunuh kucing je. Terbaru satu keluarga imam mati dibunuh dengan kejam. Empat orang mangsa pembunuhan itu termasuk seorang imam. Malaslah nak story pasal kes nih. Kalau nak tau klik di sini.
                Undang-undang Negara kita tak cukup menakutkan ke untuk orang-orang kejam macam ni ke? Apa yang orang-orang kejam nih pikir waktu mengambil keputusan untuk mencabut nyawa orang?
                Belalang salah sorang yang begitu meminati majalah MASTIKA. Dalam keluaran yang lepas-lepas Mastika buat satu kolum/segmen bertajuk KENAPA KITA SEMAKIN KEJAM? tiap-tiap bulan ada menceritakan kekejaman yang telah orang kita lakukan. MacAm tak caya je baca kes-kes tuh. Tapi tue la hakikatnya.
                Nampaknya benda nih bukan lagi persoalan. Tapi memang sesuatu yang benar. BENAR KITA DAH SEMAKIN KEJAM.

Facebook Comments
Close