Skuad Negara – Tahniah Tapi …….

    Tahniah di ucapkan kepada skuad bola sepak Malaysia kerana telah bermula garang pada saingan sukan sea yang menyaksikan perlawanan pertama skuad negara, telah meratah Timor Leste dengan 11-0. Pasukan Thailand and Vietnam lak seri 1-1.

    Permulaan yang baik la bagi Belalang. Ini boleh bagi suntikkan moral pada pemain. Tapi satu je yang Belalang nak pesan pada skuad negara, Jangan rasa selesa dengan kemenangan itu. Pasukan kita beruntung kerana telah di undi bersama Timor Leste. Kita pun sedia maklum yang skuad Timor Leste baru lagi ‘merangkak’.

    Betul-betul yang akan menguji kekentalan skuad Malaysia adalah Thailand dan Vietnam. Kedudukan Fifa terbaru Malaysia 132, Vietnam 130, Thailand 107 dan Timor Leste 200.

    So, jangan berbangga sangat dengan kemenangan semalam. Tumpukan perhatian pada next perlawanan. Rata-rata peminat bola tanah air masih menyimpan harap untuk melihat pasukan kita menyinar kembali seperti suatu masa dulu (walaupun selalu kutuk termasuk Belalang, tapi tue kutuk sayang…hee).

    Belalang doakan semoga luck akan bersama dengan skuad kita pada temasya kali nih. Sekiranya skuad kita berjaya, Belalang la org pertama yang akan berbangga dengan mereka. Tapi kalau kecundang, macam besak arr, Kutuk habis-habisan…

hee…

Facebook Comments
Close