Khalifah-Khalifah Akan Kembali

    Nampaknya KHALIFAH ALAM MAYA KITA akan kembali reunion bersama line-up asal. Sape? Cuba teka….Bukan band Khalifah tau. Khalifah Alam Maya judul first band nih. Tapi kalau Belalang kasi clue satu nih, sure suma angkat tangan jawab tau. Album kedua band nih berjudul SILANTRA : BERMULA SEBUAH EPIK… Ha, tengok dah ade yang angkat tangan nak jawab. Tak salah lagi band metal yang mempunyai gitaris maha hebat, METALASIA

Gambar album pertama : Khlifah Alam Maya

    Metalasia akan kembali bergabung untuk dengan line-up asal mereka di mana CDNaz atau CD khanzab kembali sebagai vokalis band ini. Sumber ini Belalang dapat dari Cd sendiri menerusi laman sembang FACEBOOK. Menurut Cd, Metalasia akan merekam rilisan terbaru mereka tetapi mengambil masa sedikit kerana kesibukan tugas masing-masing.

    Teringat Belalang time-time baru berjinak dengan gitar. Ritz dan King Shah antara gitaris yang telah membakar semangat Belalang untuk bermain gitar. Dasyat gandingan mereka berdua. Part harmony mereka yang paling Belalang kagumi (time tue mereka guna gitar ESP. Giler smart siot)…

    Apa-apa pun hope come back mereka kali nih menjadi. Ramai gak fans Metalasia yang rindukan gabungan asal mereka. Kepada mat-mat metal, nantikan kemunculan kembali band metal maha dasyat nih, METALASIA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close