Hidup Mesti Terus

    Segalanya berlaku bagaikan mimpi. Perbuatan melebihi fikiran. dalam tak sedar Belalang sudah menyerahkan surat perletakkan jawatan Belalang di opis ini. Setelah dua tahun lebih Belalang menapak di sini, berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik, hari-hari belajar sesuatu yang baru, sehingga menukar identiti Belalang menjadi seorang yang tabah. Kawan-kawan di opis ini (sebenarnya patut panggil kakak dan abang)kami semua begitu mesra dan rapat sehinggakan terasa seperti ada ikatan kekeluargaan.

    Kepada Boss Belalang, Boss memang Boss yang paling best pernah Belalang jumpa. Walaupun jarang sekali Belalang masuk ke bilik Boss (bukan sebab takut tau), tapi sikap Boss yang begitu memahami staff bawahan seperti Belalang amat Belalang hargai. Kepada kawan-kawan, hangpa semua memang kawan, kakak and abang yang terbaekk…

    Tapi kepala otak nih masih lagi bertanya “Betulkah apa yang aku buat nih?…” Aiseh, sekali teringat lagu Rambi Sarip lak. Bak kata lirik tue, Perjalanan hidup ini, dimanakan berakhir?

PERJALANAN HIDUP

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi
Aku yang masih diperhentian hidup ini
Begitu jauh menggembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian
Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku
Facebook Comments
Close