Malaysia Buat Hal, Indonesia Cari Pasal

     Seperti yang Belalang janka kematian pembantu rumah Indonesia kelmarin, bakal di jadikan isu oleh akhbar negara itu. Kematian Munti Binti Hani, 36, mungkin akan mengembalikan ketegangan yang sudah semakin reda sebelum ini ekoran media di sana yang memainkan isu ciplak budaya oleh kita Malaysia.

    Tinjauan Belalang ke atas akhabar kompas.com, mereka menggesa supaya di hentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia. Mereka beranggapan yang kerajaan Malaysia tidak cekap serta melambat-lambatkan proses penyiasatan sambil merujuk kepada kes kematian pembantu rumah sebelum ini yang masih lagi dalam siasatan hingga kini.

    Belalang sendiri mengutuk perbuatan tidak berperi-kemanusiaan yang di lakukan majikan mendiang. Perkara seperti ini tidak sepatutnya di lakukan oleh umat yang bertamadun. Patut kena rejam je orang tak de hati perut macam tue.

    Takziah Belalang ucap kepada keluarga arwah. Al-Fatihah…   

Facebook Comments
Close