19/10/2009

Dah masuk 4 hari anak Belalang sakit. Ada bisul di tulang belakang dia betul-betul tgh di kawasan pinggang. Anak Belalang baru usia 6 bulan. Belalang tinggalkan dia di umah mentua Belalang. Bukan Belalang tak mahu menjaga sendiri. Belalang dah membawa anak Belalang ke klinik. Sengaja Belalang dan isteri beri kepada mentua Belalang kerana mereka orang kampung. Mungkin mereka ada ubat-ubat kampung yang Belalang tak tahu.

Tapi pg tadi mak mentua Belalang call bagitau bisul tak surut-surut lagi. Ni yang merisaukan Belalang. Isteri Belalang terus bersiap-siap untuk pilang ke kampung nak tengok-tengokkan anak. Kampung isteri Belalang jauh jugak. Walaupun negeri yang sama, Kedah, tapi Belalang tinggal di Kulim. Manakala isteri pula orang Baling.

Sempat Belalang pesan pada isteri tadi. Kalau nampak memang x surut lansung, bawak balik sini. Belalang akan bawa ke pakar. Belalang pun dah tak tau nak pikir macam mana. Dugaan dari Allah kecil saja. Tapi Belalang dah gundah perasaan.

So, pada sesiapa yang ada petua atau tips tolong la kongsi dengan Belalang. Mungkin ada petua yang Belalang tidak tahu. Boleh Belalang cuba.

Facebook Comments
Close