Gol Tevez bantu kemenangan Man City

Carlos Tevez menyumbat dua gol bagi membantu kemenangan selesa Manchester City 3-1 ke atas bekas kelabnnya, West Ham dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Penyerang Argentina itu memperoleh gol pembukaan sebaik lima minit perlawanan bermula, tetapi selang 20 minit kemudian disamakan oleh Carlton Cole.

Martin Petrov, yang membuat kemunculan sulung musim ini menjadikan kedudukan 2-1 menerusi tendangan bebas sebelum tandukan Tevez pada minit ke-61 memjadikan kedudukan 3-1.

City yang membelanjakan lebih AS$300 juta setahun untuk membentuk pasukan mantapnya, kini menduduki tempat kelima liga, manakala West Ham masuk dalam zon penyingkiran.

Facebook Comments
Close