Akhirnya Penceraian Juga Yang Terjadi

“pergilah oh kekasih,
pergilah oh sayang ku,
mungkin telah di tentukan tuhan,
antara kita tidak tertulis untuk bersama”

    Antara bait2bait lagu yang pernah di nyanyikan oleh Siti Nordiana. Lumrah artis-artis kita di mana jodoh mereka tidak berpanjangan. Tetapi apa yang terjadi pada Siti Nordiana atau dikenali sebagai Nana ini, lansung tidak timbul gosip mengenai pergolakan rumahtangga antara dia dan Faizal Yusof juga seorang pelakon.

    Nana hanya mengatakan perbezaan pendapat serta tiada lagi persefahaman menjadi sebab utama kepada perceraian mereka. Malah mengganggap jodoh antara mereka sudah tiada. Faizal pernah melafazkan cerai sebelum ini kali.

    “Kali pertama dia melafazkannya pada awal Ogos lalu, kali kedua pada 26 Ogos. Tetapi ketika melafazkan cerai kali kedua, dia menjatuhkan talak dua ke atas saya, semuanya menerusi perbualan telefon. Saya sudah bertanya kepada pejabat agama, menurut mereka, saya kini sudah diceraikan talak tiga. Apapun, semua keputusan akan diketahui selepas saya membawa perkara ini ke mahkamah minggu depan,” jelasnya.

    Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Nakhaie, 1 tahun lima bulan, yang kini dijaga bersama oleh Nana dan suami secara bergilir.

    Belalang doakan semoga Nana tabah menjalani hari-hari yang mendatang. Anggaplah apa yang terjadi adalah ketentuan Nya.

Facebook Comments
Close