KEPADA SEMUA PENULIS BLOG

Nampaknya kerajaan telah bercadang untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana blog yang di dapati menerbitkan kenyataan palsu, berbau hasutan dan mempersendakan agama, dengan cara “menyekat capaian kepada blog dan laman web” .

Menurut kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kerajaan akan memantau secara serius penerbitan di Internet termasuk mengambil tindakan melalui undang-undang sedia ada.

“Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Dalam soal ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap pihak atau individu tidak harus menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat, tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini.”

Tegasnya, demokrasi harus turut mempunyai batasan yang perlu dipatuhi.

Nampaknya blogger-blogger sekalian kena lebih berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu berita. Belalang rasa elok juga tindakan ini di ambil kerana kadang-kadang belalang juga hairan dan tertanya-tanya dengan cerita/berita yang Belalang baca. So tindakan ini secara peribadi Belalang rasa memang wajar.

Facebook Comments
Close